Hello Luvmaniacs,
hari ni chenta nak review satu drama yang chenta baru je habis nengok..
jommmm...
Hidden Love
kalau nak tahu sinopsis drama ni.. boleh baca kat sini
terima kasih pada tiktok dan juga youtube sebab racun chenta dengan drama ni..
sesungguhnya tak menyesal tengok..
besttttttt..
drama ni mengisahkan tentang perjalanan cinta seorang gadis pada crush masa kecik dia..
dia tersuka pada kawan baik abang dia.. tapi dia malu malu nak cakap.
takut kena reject.. ye la. budak sekolah lagi wei..
yang mana kawan abang dia selalu bantu dia.. selalu ada dengan dia saat dia memerlukan.
tanpa sedar.. cinta yang dulu kononnya dah malap semakin berkembang mekar..
dan apa yang menarik.. crush dia pon suka juga kat dia..
so.... ending dia kompom la hepi ending..
apa yang chenta dapat masa tonton drama hidden love ni.
1. kadang-kadang kerana cinta.. ia boleh mendorong kita jadi diri kita yang lebih baik.
jadikan cinta itu sebagai sesuatu yang boleh memotivasikan diri kita untuk bekerja keras untuk jadi lebih baik. buat kita, masa depan kita dan pasangan kita. dalam drama ni, shang zhi bersungguh dalam pelajaran dia selepas diajarkan oleh crush dia (duan xhiyou) juga bekerja keras untuk menjadi pelajar pintar untuk melayakkan diri masuk ke universiti yihe untuk ada dekat dengan crush dia.
dalam drama ni juga.. kita nampak xhiyou berinisiatif untuk membuka perusahaan dan mengembangkan sertua menguatkan financial dia untuk meyakikankan parents shang zhi yang dia boleh menjadi pasangan yang baik buat shang zhi dan masa depan mereka.
2. keluarga
dalam drama hidden love ade mesej kekeluargaan yang sangat kuat ditonjolkan dalam drama ni. terutamanya keluarga shang zhi. didikan yang baik dari ibu bapa membuatkan anak-anak merasa dekat dan patuh dengan ajaran dia. ini ditonjolkan apabila shang zhi dan shang yan dengar kata ibu bapa mereka.
support system yang baik dari keluar menguatkan jati diri seseorang anak itu. shang zhi mempunyai support system yang baik dalam keluarga dia. emaknya yang baik hati dan tidak garang. ayah yang very supportive dan abang yang protective walaupon kadang-kadang annoyying (yee.. i do think dia abg yang annoyying) (chenta jelesssss.. nak juga mcm family ni) ia sangat ditonjolkan saat shang zhi curi curi pergi ke yihe untuk skodeng crush dia.
satu lagi sudut kekeluargaan yang dipaparkan dalam drama ni saat ayah xhiyou yang memilih untuk bunuh diri daripada menyerah diri kepada pihak polis apabila melakukan kesalahan fatal. juga ibu xhiyou yang merayu kepada keluarga mangsa (akibat ulah ayahnya) untuk memaafkan mereka dan bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan oleh ayahnya. serta walaupun marah dengan ayah sendiri, xhiyou tetap bekerja keras untuk melunaskan hutang ayah dia dan juga membiayai bil rawatan ayahnya.
3. persahabatan
dalam cerita ni juga.. ditunjukkan semangat setia kawan yang sangat tinggi.. walaupon kenal dan dekat saat kuliah. persahabatan yang terjalin dalam circle shang zhi dan xhiyou sangat akrab. serta bersahabatan roommate shang zhi juga sangat akrab. mereka ada dalam setiap ceruk jalan cerita kehidupan mereka. saling mendukung, saling menjaga dan saling "ada" .
4. give and take dalam pasangan
dalam perhubungan akan ada benda benda yang akan menguji kita. sama la juga dalam perhubungan shang zhi dan juga xhiyou. kena gangguan dari perempuan.. masalah masa lalu. pemahaman dan pengertian tentang tanggungjawab dan kerja masing-masing.
what i love tentang karakter mereka bila bercinta ni adalah mereka saling berkomunikasi dengan pasangan. meluahkan, memujuk, memotivasi pasangan . selain itu selalu merasakan kehadiran mereka pada pasangan mereka. saling mengerti dan menyokong. and i wish i do have an understanding boyfie for myself... nak jugaaa~~~~!
tu je la nak kongsi..
nak tahu lebih.. korang boleh tonton hidden love..
Love,
Chenta hati
No comments:
Post a Comment