Friday, February 23, 2024

Doa Agar Nikmat Tidak Hilang

DOA AGAR NIKMAT TIDAK HILANG 
 

Abdullah bin Umar RA.huma meriwayatkan: Antara doa Rasulullah SAW adalah:

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

 Maksudnya: "
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hilangnya nikmat-Mu kepadaku, daripada berubahnya kesejahteraan kurniaan-Mu, daripada seksa-Mu yang datang secara mengejut dan daripada segala kemurkaan-Mu." (Hadis Riwayat Muslim, no. 2739) 

 Hadis ini mengajar kita untuk memohon perlindungan Allah daripada hilangnya nikmat-Nya kepada kita, sama ada nikmat yang bersifat keduniaan mahupun nikmat yang bersifat akhirat. Sama ada nikmat yang kita sedar keberadaannya mahupun nikmat yang kita tidak sedar keberadaannya. Doa ini juga merangkumi permohonan agar terpelihara daripada terjebak dengan maksiat kerana maksiat boleh menghilangkan nikmat.

 Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita nikmat dunia dan akhirat.



No comments:

Post a Comment