Friday, February 2, 2024

Sunnah Mendoakan Seseorang Secara Rahsia


Rasulullah SAW bersabda: 
 دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ 

 “Doa seorang Muslim untuk saudaranya secara sembunyi tanpa pengetahuan saudaranya ialah doa yang mustajab. Di sisi orang yang berdoa ini ada malaikat yang ditugaskan mengaminkan doanya.

 
كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ 

 Setiap kali dia mendoakan saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut akan berkata: Amin. Kamu juga akan mendapat kebaikan seperti saudaramu." (Hadis Riwayat Muslim, no. 2733) 

 
Kelebihan ini diberikan kepada orang yang berdoa kerana ada 2 kebaikan:
 i. Dia ikhlas sehingga tidak menonjolkan doanya kepada orang lain 
ii. Dia telah melakukan kebaikan dengan mendoakan kebaikan untuk orang lain 

 Semoga Allah menerima doa kita.



No comments:

Post a Comment