Hello CHanteq sekalian ~!!,
DOUBLE CLEANSING
kalau bercakap tentang double cleansing , ia mungkin tidak asing lagi pada zaman sekarang.
apa itu double cleansing?
double cleanisng tu kita cuci muka kita secara 2 kali.. . satu dengan produk pencuci muka berasaskan minyak dan kemudian diikuti dengan pencuci muka berasaskan air.. Namun boleh juga kita gunakan 2 jenis pencuci muka yang bebeza jika pencuci berasaskan minyak itu tidak sesuai dengan kulit muka korang.
untuk apa double cleansing tu?
fungsi double cleansing ni bertujuan untuk mencuci muka korang dengan lebih optimum.
- pencuci muka berasaskan minyak - mencuci dari kotoran berasaskan minyak seperti solekan, sebum, pelindung matahari dan pencemaran
- pencuci muka berasaskan air - menghilangkan kotoran & peluh di dalam kulit
Pembersihan berganda bukan sahaja bertujuan untuk memberikan pembersihan yang lebih menyeluruh, tetapi ia juga boleh menghidupkan semula kulit yang kusam dan membolehkan produk penjagaan kulit lain meresap dengan lebih berkesan.
bila masa yang sesuai nak buat double cleansing?
biasanya double cleansing ni dilakukan pada malam hari (night rouine) , selepas seharian berpenat dan sebelum tidur. tapi tak salah juga kalau nak buat ketika siang juga kerana sebum dan kotran boleh berlaku ketika kita sedang tidur.
Love,
Chenta hati
No comments:
Post a Comment