Hello Luvmaniacs,
untuk segmen cechantiq minggu ni....
chenta nak share tentang ....
"NIaCIMIDE"
Manfaat niacinamide dalam penjagaan kulit
Secara keseluruhannya, niacinamide dapat membantu membina protein kulit dan mengunci kelembapan bagi mengelak daripada berlakunya kerosakan kondisi kulit. Antara manfaat niacinamide yang lain termasuk:
- Memelihara imuniti kulit.
- Niacinamide membantu membina keratin, sejenis protein yang menjadikan kulit anda tegang dan sihat Mengurangkan kemerahan dan kegatalan.
- Niacinamide mengurangkan keradangan, yang dapat membantu meredakan kemerahan daripada reaksi alergi, jerawat, dan masalah keradangan kulit lain
- Meminimumkan penampilan liang pori.
- Ia dapat membantu menyamarkan penampilan liang pori Mengawal minyak. Niacinamide
- juga dapat membantu mengawal jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum dan mencegah daripada pengeluaran yang berlebihan
- Lindungi daripada kerosakan cahaya matahari.
- Niacinamide dapat membina semula sel-sel kulit yang sihat di samping melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
- Merawat hiperpigmentasi.
- Beberapa kajian mendapati niacinamide dapat membantu dalam memudarkan bintik-bintik gelap.
- Manfaat ini dapat dilihat selepas 4 minggu, tetapi tidak melebihi 2 bulan
- Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
- Penyelidikan juga mendapati bahawa ia sangat membantu dalam mengurangkan beberapa tanda kerosakan akibat sinar matahari yang disebabkan oleh penuaan. Ini merangkumi garis halus dan kedutan
- Melindungi daripada radikal bebas.
- Niacinamide membantu membina sel kulit sambil melindungi dari tekanan persekitaran, seperti cahaya matahari, pencemaran, radikal bebas dan racun Merawat jerawat.
- Niacinamide bermanfaat untuk jerawat yang teruk, terutamanya bentuk keradangan
Yang mana lebih bagus, ambil dalam bentuk topikal atau suplemen?
manfaat niacinamide Diet pemakanan yang seimbang adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan nutrien mikro seperti vitamin B3. Mengenai kesihatan penjagaan kulit secara umum, anda mungkin dapat memperoleh beberapa manfaat niacinamide daripada makanan yang anda ambil.
Nutrien vitamin B3 boleh terdapat dalam makanan berikut:
- Telur
- Bijirin
- Sayuran hijau
- Kacang
- Ikan
- Susu
bagaimanapun, tidak ada cara bagi menjamin bahawa nutrien dalam makanan anda memberikan impak positif terhadap kesihatan kulit secara keseluruhan. Oleh itu, satu-satunya cara untuk memastikan bahawa niacinamide dapat mensasarkan masalah kulit anda adalah dengan menggunakannya secara topikal iaitu krim atau serum.
Apakah hasil yang boleh anda harapkan?
Seperti produk penjagaan kulit baru, anda mungkin tidak akan dapat melihat hasil yang signifikan selama beberapa minggu pertama. Anda mungkin akan dapat lihat banyak perubahan pada kulit selepas 8 minggu di mana kulit jadi lebih halus, anjal, dan terhidrat. Sekiranya anda tidak melihat sebarang perubahan dalam masa beberapa bulan, mungkin sudah tiba masanya untuk mendapat khidmat nasihat daripada pakar dermatologi.
Love,
Chenta hati
No comments:
Post a Comment